Sunday, November 29, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA DINAMIK RAKAN KECERGASAN - FUTSAL



PERTANDINGAN FUTSAL
20HB DISEMBER 2009
KAMPUNG BATU PAPAN


KELAB-KELAB RAKAN MUDA DI PARLIMEN BERA - PENGGERAK


Gambar Hiasan


Di Parlimen Bera akan wujud sebanyak 14 Kelab Rakan Muda Felda yang akan menjadi sebahagian dari keluarga kita, Kelab ini akan diwujudkan di setiap Tanah Rancangan Felda di sini. Kini semua Felda masih dalam proses perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Kelab Rakan Muda setiap Felda. Felda-Felda yang terlibat adalah seperti Sebertak, Bukit Kepayang, Tementi, Rentam, Kumai, Mayam, Purun,Triang 3,Triang 1,Tembangau 1,Tembangau 2, Mengkuang,Bukit Mendi dan Bukit Puchong. Ini akan menjadikan Kelab Rakan Muda yang terdapat di Parlimen Bera sebanyak 21 buah Kelab. Jumlah Kelab ini termasuk 5 buah Kelab Rakan Muda Kampung Baru, 4 Buah Kelab Rakan Muda Estet, 1 Kelab Rakan Muda Orang Asli dan 1 Kelab Rakan Muda Perlimen Bera. Kelab-kelab ini diwujudkan untuk memastikan aktiviti-aktiviti Rakan Muda sampai ke akar umbi. SATU BELIA SATU MALAYSIA!!!

RENUNGAN DARI PENGGERAK



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

RAKAN SENI BUDAYA - SHUFFLE
















RAKAN MASYARAKAT - PROGRAM MENABUR BAKTI
































Rakan Inovasi -Klinik Graffiti





























Monday, November 16, 2009

Monday, November 2, 2009

MAJLIS PELANCARAN RAKAN MUDA WAWASAN DESA SEKTOR PERUMAHAN


MAJLIS PELANCARAN RAKAN MUDA WAWASAN DESA SEKTOR PERUMAHAN KAMPUNG BARU CINA DAN ESTET DAERAH BERA 2009

SEMUA DIJUMPUT HADIR.!!!