Thursday, July 30, 2009

Santai Dari Penggerak

Rahsia Teras Kemuning Hitam




Kemuning hitam adalah teras yang terhasil kira-kira 5000 tahun dan mempunyai pelbagai keistimewaan. teras ini telah pun di gunakan sejak zaman dahulu lagi dalam ilmu perubatan. Teras ini terkenal dengan pelbagai nama. Namun pada zaman sekarang amatlah sukar untuk mendapatkan teras Kamuning Hitam yang asli kerana terdapat banyak yang tiruan dipasaran.
Antara khasiat Kemuning Hitam adalah seperti berikut:

1. Penenang Hati
2. Penolak Sihir / Ilmu Hitam
3. Penakut hantu /iblis / syaitan
4. Penawar gigitan berbisa
5. Menguatkan tenaga batin
6. Penawar mabuk / racun
7. Lain-lain penawar penyakit : Demam panas, kencing manis, uluran, buasir. busung, batuk, lelah, cacing, sakit perut, sakit dalam mulut / tengkuk, mata kabur, terlekat uri, sakit pinggang, kembung perut, sakit sendi, kudis, jerawat, kebas anggota / lenguh urat, luka, melancarkan peredaran darah, mengatasi keputihan dan susah buang air.

Rujukan: Abdullah Al Qari B. Haji Salleh (2006), Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Anda, Al Hidayah Publishers : Kuala Lumpur.

sesungguhnya semuanya dari Izin dan kekuasaan Allah s.w.t

Kita Kena Mulakan Dari Hati


Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda jug. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.

Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

Perkhemahan Anggota Silat Gayong Dan Kelab Rakan Muda Parlimen Bera 2009






















Monday, July 27, 2009