Monday, November 16, 2009
Monday, November 2, 2009
Tuesday, October 13, 2009
INFO RAKAN MUDA
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Belia Felda Malaysia kerana dengan kerjasama KBS dapat mewujudkan Kelab Rakan Muda Felda di setiap Felda seluruh Malaysia.
Ini melambangkan keberkesanan Program yang di anjurkan oleh Rakan Muda.
Kini sahabat-sahabat belia remaja boleh menyertai bukan sahaja Kelab Rakan Muda Parlimen bahkan Kelab Rakan Muda Felda yang akan di wujudkan di setiap Felda. Dengan usaha ini program gaya hidup rakan muda akan dapat dirasai keberkesanannya sehingga ke akar umbi.
Kelab Rakan Muda Felda juga dapat bekerjasama dengan Penggerak Rakan Muda Parlimen di setiap Parlimen masing untuk mendapat pendapat rujukan tentang program-program yang bersesuaian yang boleh dijalankan di peringkat Felda.
Jadi selain dapat menyediakan program yang sesuai dengan hati remaja. langkah ini akan membantu untuk lebih menyatupadukan golongan Rakan Muda di setiap Parlimen untuk mencapai "1 Belia, 1 Malaysia".
tahniah dan terima kasih.
Tuesday, October 6, 2009
PERTANDINGAN CYBER PERINGKAT DAERAH-PERTANDINGAN DI TUNDA

Pendaftaran Telah Dibuka PERTANDINGAN DI TUNDA
Penyertaan Adalah terhad PERTANDINGAN DI TUNDA
Tarikh Cadangan Pertandingan : PERTANDINGAN DI TUNDA
Thursday, September 3, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Kata-kata Motivasi 42
“Orang yang suka mencari kesalahan orang lain dan iri hati dengan kejayaan orang lain, pasti tidak akan berjaya dalam hidup. mereka kurang memerhatikan potensi dalam diri mereka kerana terlalu sibuk memerhatikan gelagat orang lain.” Orang yang suka mencari kesalahan orang lain biasanya adalah orang penyibuk, lebih banyak mengomen kesalahan orang lain, kesilapan orang lain, kekurangan orang lain dari mengomen diri sendiri. Dia menjadi pengkritik tidak berasas.
Oleh kerana mereka iri hati dengan kejayaan orang lain, mereka akan mendoakan kegagalan orang itu. Mereka puas hati bila dia gagal dan mereka cukup suka.
Dalam hidup, apa yang kita doakan pada orang, itulah juga yang akan terjadi pada kita.
Bila kita mendoakan kegagalan orang, suka melihat kegagalan orang, ia akan dibalas pada diri kita. Kita juga akan gagal sama, serupa seperti orang yang kita doakan. Dalam jangka masa panjang, kita tidak akan nampak langsung peluang-peluang kejayaan yang menghampiri diri kita hingga peluang-peluang tadi berlalu begitu saja.
Yelah, dah kita sibuk jaga hal orang, bukan sibuk memajukan diri sendiri, menjaga hal sendiri. Tidak tak akan perasan peluang-peluang tu sebab kita tak pernah terfikir nak memajukan diri sendiri.





