Sunday, November 29, 2009

KELAB-KELAB RAKAN MUDA DI PARLIMEN BERA - PENGGERAK


Gambar Hiasan


Di Parlimen Bera akan wujud sebanyak 14 Kelab Rakan Muda Felda yang akan menjadi sebahagian dari keluarga kita, Kelab ini akan diwujudkan di setiap Tanah Rancangan Felda di sini. Kini semua Felda masih dalam proses perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Kelab Rakan Muda setiap Felda. Felda-Felda yang terlibat adalah seperti Sebertak, Bukit Kepayang, Tementi, Rentam, Kumai, Mayam, Purun,Triang 3,Triang 1,Tembangau 1,Tembangau 2, Mengkuang,Bukit Mendi dan Bukit Puchong. Ini akan menjadikan Kelab Rakan Muda yang terdapat di Parlimen Bera sebanyak 21 buah Kelab. Jumlah Kelab ini termasuk 5 buah Kelab Rakan Muda Kampung Baru, 4 Buah Kelab Rakan Muda Estet, 1 Kelab Rakan Muda Orang Asli dan 1 Kelab Rakan Muda Perlimen Bera. Kelab-kelab ini diwujudkan untuk memastikan aktiviti-aktiviti Rakan Muda sampai ke akar umbi. SATU BELIA SATU MALAYSIA!!!

No comments: