Monday, June 29, 2009

Jauhi Diri Dari Berita Selama 7 - Motivasi Penggerak



Bila kita sudah terbiasa pada sesutu, akan jadi agak susah untuk mengubahnya. Bila ia sudah sebati dengan diri kita, memerlukan semangat yang kuat untuk kita mengubahnya.

Dalam diri Anda, saya dan rakan-rakan kita, pemikiran negatif sudah jadi satu kebiasaan. Kita jadi terbiasa sebab kebanyakan orang di sekeliling turut biasa berfikiran negatif, iaitu cepat melihat sesuatu yang buruk dalam setiap perkara, benda, peristiwa dan orang-orang perseorangan.

Sedar tak sedar, media di sekeliling kita adalah sumber benih pemikiran negatif, di mana setiap masa kita mendengar, melihat dan menonton situasi-situasi negatif yang dalam diam-diam melatih fikiran kita menjadi negatif. Dalam setiap berita, ada ulasan, komentar dan pendapat negatif, lalu bila kita mendengarnya, membuat kita turut sama menjadi negatif, walaupun ia nampak satu kebiasaan pada kita dan kebanyakan orang.

Andaikata Anda melihat, mendengar dan mengikuti berita tetapi yakin Anda dapat mempertahankan pemikiran positif Anda, maka Anda adalah satu dalam seribu. Sukar untuk kita melihat aspek-aspek positf dalam sestu peristiwa buruk yang muncul dalam berita, melainkan dengan berkata “ada hikmah di sebaliknya”.

Untuk menjaga tahap motivasi dan menjaga semangat berusaha agar sentiasa berada pada tahap tinggi, kurangkan menonton berita. Latih diri, dalam 7 hari, jauhkan diri dari apa jua berita, sama ada berita di internet, di TV, radio mahupun perbincangan isu hangat dengan rakan-rakan.

Bukan kita nak jadi katak di bawah tempurung, tapi nak melatih fikiran kita supaya memfokus pada aspek-aspek positif sepenuhnya, Dalam seminggu itu pula, banyakkan membaca bahan-bahan motivasi, mendengar ceramah-ceramah motivasi dan mengikuti segmen-segmen motivasi.

Biar Anda tenggelam dalam dunia sendiri selama 7 hari tu. Pada hari kelapan, tanya diri Anda sendiri bagaimana perubahan yang Anda rasakan.

No comments: