Tuesday, October 13, 2009

INFO RAKAN MUDA

TAHNIAH KELAB RAKAN MUDA FELDA WILAYAH MEMPAGA

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Belia Felda Malaysia kerana dengan kerjasama KBS dapat mewujudkan Kelab Rakan Muda Felda di setiap Felda seluruh Malaysia.
Ini melambangkan keberkesanan Program yang di anjurkan oleh Rakan Muda.

Kini sahabat-sahabat belia remaja boleh menyertai bukan sahaja Kelab Rakan Muda Parlimen bahkan Kelab Rakan Muda Felda yang akan di wujudkan di setiap Felda. Dengan usaha ini program gaya hidup rakan muda akan dapat dirasai keberkesanannya sehingga ke akar umbi.

Kelab Rakan Muda Felda juga dapat bekerjasama dengan Penggerak Rakan Muda Parlimen di setiap Parlimen masing untuk mendapat pendapat rujukan tentang program-program yang bersesuaian yang boleh dijalankan di peringkat Felda.

Jadi selain dapat menyediakan program yang sesuai dengan hati remaja. langkah ini akan membantu untuk lebih menyatupadukan golongan Rakan Muda di setiap Parlimen untuk mencapai "1 Belia, 1 Malaysia".

tahniah dan terima kasih.

No comments: